Actually , Nelly nak kongsi bersama korang apa itu mencintai kerana Allah . . .
Bila bab cinta , ramai yang akan terbayang bf/gf korang yangbermulut manis , masin , pahit dengan kata-kata :
"Aku cinta kamu . . Sebab kamu cantik , kamu baik , kamu handsome . ."
Oh , shut up ! Benci tau ! Ini cinta nafsu ya sayang ~
Kenapa tak cakap "Aku cinta kamu kerana Allah SWT ?" Susah sangat ke ?
Bila kita ikhlas , hanya Allah je yang tau sejauh mana ikhlas kita dengan seseorang . Malaikat pun tak tau kita ikhlas atau tidak . Itulah pentingnya ikhlas . .
Bila korang rasa mencintai kerana Allah , mencintai kerana agama , mesti ada yang sempurna di mata korang walau dia tak ada rupa , dia tak ada harta , tapi dia ada bekal yang boleh bawa kita ke akhirat yang selama-lamanya . Indah kan ?
Apabila korang rasa bersama dia itu dapat mendekatkan diri dengan Allah , dapat memperbanyakkan amalan ke arah kebaikan dan semua yang positif ke arah Islam . . Itulah tandanya . .
Bila kita mencintai kerana Allah , pastinya takkan pernah ada keraguan dan akan berserah segalanya kepada Allah . . Lelaki yang beragama tidak akan pernah mempermainkan insan yang bersama dia . Dia tahu , adalah HARAM untuk menerima seseorang sebagai kekasih andai tidak mahu menikahinya . . .
Cinta kerana Allah itu lebih indah dari segala-galanya . .
Bila kita jatuh cinta , anggap ia sebagai satu ANUGERAH . Bila kita dapat pasangan yang ada rupa dan ada harta , anggap ia sebagai satu BONUS yang Allah nak bagi ~
Renung-renungkan ~
1 comment:
bestnye ^^
kn indah klau mcm ni..
Post a Comment