Thursday, 15 December 2011

Life




Sebagai seorang manusia biasa, kita tak dapat melarikan diri daripada melakukan sebarang kesilapan. Janganlah sudah terhantuk baru terngadah. Sekiranya kita mempunyai kesempatan, gunakanlah ia sebaik mungkin kerana kesempatan yang ada mungkin tidak akan dapat kita perolehi di lain masa, Sekiranya ada masa yang terluang gunakanlah ia sebaik mungkin kerana masa tidak boleh diputar kembali , Sekiranya kita ingin berkata kata , berfikirlah kerana dengan satu perkataan kita boleh menghancurkan orang dan dengan satu perkataan jugak kita boleh menyatukan orang.

Dalam hidup, sabar itu perlu. Oleh itu jangan lah cepat marah dan berdendam dengan orang lain. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Sekiranya hidup kita dikurniakan dengan kekayaan, kebahagiaan dan segala macam kenikmatan, janganlah angkuh kerana pada bila bila masa sahaja Allah dapat menarik segala nikmat yang diberikan.

Dalam hidup, semua orang mengharapkan kekayaan, kejayaan dan mimpi yang menjadi kenyataan. Semua hal ini adalah tidak pasti melainkan dengan tekad, kemahuan dan fokus untuk mencapainya. Apa yang pasti di dalam hidup ialah Tua , Sakit dan Kematian.

No comments: