Wednesday, 14 December 2011

Kaum Adam, please take Note!

Assalamualaikum
Hey, Kakak cantek, jejaka hendon hensem, adek manes! Selalu kalau aku baca belog ke status kat facebook, twit2 kat tweeter mesti nak cakap pasal isteri idaman lelaki, perempuan tak boleh buat itu ini, dan segala tohmahan terhadap perempuan.




Tapi hari ni aku nak bebel cakap sikit, apa yang you guys perlu tahu on matters  yang kitorang girls agak tak suka. Ini bukan nak membalas dendam segala coretan di blog, luahan di FB nor typing di tweeter. Tapi just macam saje saje nak bagitahu kat awak2 hensem kat luar sana sesuatu yang korang perlu tahu.


sekadar gambar hiasan


Malas nak bebel panjang2 . So, first and foremost, Smoking. Merokok, yeah merokok! Abang2 tampan sekalian, please jauhi rokok! Aku tahu akan ada some guys yang akan cakap “shit apa minah ni, suka hati aku la aku nak merogol merokok ke apa ke, bukan aku isap depan dia. Plus, dia perlu tahu laki akan Nampak sangat jantan dan cool bila merokok!”

Hell yeah! Awak yang tampan, awak memang tak merokok depan saya tapi awak masih merokok depan manusia. Diorang hidup guna nyawa diorang bukan awak. Got it? Oke2, awak cakap COOL bila merokok? Oh My Lord! Meh nak kasi tahu perkara sebenar supaya awak bangun dari mimpi, lelaki yang merokok sangat TAK COOL, TAK MACHO, TAK HANDSOME dan selalunya TAK TAFF. 




DEAR GUYS, be the type of guy you would want your daughter to be with :)





Secondly, pakai seluar londeh. Aku pun tak tahu apa sebenarnya motif korang, sama ada nak tayang jenama boxer ataupun sebenarnya tali pinggang sangat mahal untuk dibeli. Guys, sebenarnya seluar londeh2 ni buat kami malu nak usha korang. Nanti terlepas pulak peluang korang untuk dingurat kan?

 Oke, bukan. Sebenarnya ia menunjukkan simbol selekeh. Korang pun kalau keluar dengan awek korang, korang pun konfem nak awek korang Nampak cantik dan kemas kan? Same goes to us. Mungkin some girls do like style macam tuh. Tapi believe me, mostly are not. 


nampak ni? Hensem ke macam ni?

Thirdly, Cakap besar. Bukan kaum kami je yang tak suka, kaum korang sendiri pun akan benci gila orang yang cakap besar. Tapi selalunya korang akan cakap besar depan pompuan la. Buat itu boleh ini boleh, tapi hasil? Semua nak over confident, bajet bagus. Tolonglah, apa kata buat macam biasa biasa. 







Last but not least, please la korang cakap tu biar la berlapik sikit, jangan suka sangat mencarut! Aku tahu lelaki kalau mencarut satu kepuasan dan juga menunjukkan korang ni cool. 


Nampak macam korang hebat gila la kalau korang mampu mencarut. Kadang2 aku tengok korang cakap babi ke, segala alat malu2an, sulit2an ni macam mintak nasi kat mak korang, macam mintak ABC kat kedai makan je kan. Aku tak halang, tapi kalau bole kurang2kan lah 
mencarut ye kepada sesiapa yang hobi dia mencarut macam berzikir. Faham? Dan sebenarnya aku tahu, korang yang baca ni semuanya baik2, gentle2. Aku cakap ni kat geng2 patrick bonai dan lelaki2 negara luar. Tak nak korang ter ikut2 kan. 


Korang macam ni kan.

p/s : maaf la lukisan buruk dan segala kekasaran bahasa. Peace No War!


Salam Sayang,

3 comments:

CekbOlat-bOlat said...

betui la tuhh.. dioraNG suke perasan -_-

miss Fyqa said...

tak suka gak. please la jgn mencarut.. sokong entry ni! :)

Teratak Zurai said...

Terbaekkkk...