Saturday 17 December 2011

Do What You Love, Love What You Do


Assalamualaikum.
Ok ini bukan entri bahasa Inggeris. Ini entri bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa kan? :)

Siapa pernah dengar phrase " Do You What You Love, Love What You Do" ni? Kalau nak terjemahkan dalam bahasa Melayu, ia bermaksud, "Buat apa yang kita suka, Suka apa yang kita buat".

Do What You Love
Dalam hidup ni, banyak kali kita diuji dengan pilihan. Sama ada A atau B. Tak boleh untuk kita miliki kedua-duanya. Kadang-kadang bingung juga kepala ni dibuatnya. Tak tahu mana satu, A atau B. Macam mana nak pilih ni? Senang je, pilih la mana satu yang kita suka. Tambah-tambah keputusan yang bakal kita buat ni bakal effect kehidupan kita buat masa yang panjang. Contoh : Aliran apa untuk tingkatan 4, jurusan apa, Universiti mana. Sebab kalau kita buat benda yang kita suka dekat tempat yang kita suka, insyaAllah, tak kira la susah mana kita akan happy. :)

Love What You Do
Walau bagaimanapun, hidup ni tak selalu indah. Kadang-kadang tu kita tak ada pilihan untuk dipilih. Tiada A atau B. Hanya ada A. Disebabkan kita ni hamba Allah yang redha dengan takdirNya, teruskanlah dengan jalan A kerna Allah tahu yang terbaik untuk kita. Tapi, jangan sekadar redha. Mahu tak mahu, kita kena la belajar untuk cinta dengan apa yang kita buat. Kalau kita benci apa yang kita buat, rugi lah kita. Rugi masa, rugi duit, dan yang paling penting, buat sakitkan hati je kan? So, kalau kita cuba untuk suka kan apa yang pada awalnya kita tak suka kan lagi bagus dari kita terus membenci benda tu? InsyaAllah it will lead you to a happy life :)

Sekian saja entri kali ini. Ingat, kalau tak dapat "Do what we love", kita kenalah "Love what we do"

Pagi Tak Selalu Cerah

2 comments: