Sunday 22 April 2012

Compete.

1. SITUASI- DI IKEA

Bedah: Abang, ingat tak harga sofa dekat rumah Senah tu berapa?

Pak Mail: Eh awak ni, tanya kita pulak. Bukan ke Senah bagitahu awak hari tu?

Bedah: Cik Abang, kalau saya ni tak tanya, maknanya saya ingat la tu. Dah la abang ni kalau sebut nama Senah je, selalu nak menangkan dia.

Pak Mail: Apa kena dengan awak ni Bedah oii. Saya cakap pun salah. Dah kenapa dengan awak Bedah?

Bedah: Saya bukan apa, alang alang nak beli sofa baru ni biarlah lagi mahal dari Senah punya tu. Barulah nampak ummpphh sikit.

Pak Mail: @_@

2. SITUASI- DI JALAN RAYA

Jidin: Oit brader, lu boleh bawak bersabar tak? Nak tercabut kepala gua. Tak sempat nak taubat lagi ni.

Budin: Lu apedehal der? Ikut suka hati mak bapak gua la nak bawak berapa laju pun. Gua nak lawan kereta sebelah ni la bro.

Jidin: Eh eh, beringat sikit. Lu tengok sebelah kereta apa. Kita ni setakat Kancil je der. Jangan duk buat kalut lagu tu la.

Budin: Ahh lu diam, kalau tak, wa sebat lu.

Sejam kemudian ke hospital.

3. SITUASI- EURO MODA

Lijah: Eh Joyah, kau nampak tak kain yang Kiah pakai? Ada labuchi bagai. Ewawah, kemain lagi bergaya. Kalah retiss.

Joyah: Aah dengar kata anak si Kiah tu belikan masa dia pergi honeymoon dekat Paris hari tu. Mahal tu.

Lijah: Hek eleh nak menunjuk la tu. Tak payah pergi Paris pun takpe, nanti Ani balik dari KL, tahulah aku nak lawan dengan Kiah. Kita tengok sapa lagi bergaya.

Joyah: #@^&(!@~

Gua ingat zaman Bedah dengan Senah berebut sofa sapa lagi mahal, Lijah kedengkian pada Kiah sebab labuchi baju banyak, Jidin suka tunjuk gah dekat jalan raya dah takda. Gua rasa dah outdated sangat la. Sekarang dah 2012, tapi aku rasa ramai lagi yang jenis lagu ni. Tak sedar sedar lagi ke cik kak oii? Kalau tak mampu, belilah ikut kemampuan. Why do you have to compete each other for such a silly thing? Fikir-fikirlah.

p/s: Ni first time gua contribute idea kat sini. Harap terima kekurangan. Nama yang ada dekat dialog ni takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Sekian.


No comments: