Wednesday 14 March 2012

Alam sekitar yang WOW ! . Part 1 .

Assalamualaikum and Hye and Selamat Sejahtera ,

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara,

Assalamualaikum kawan-kawan , pak cik-pakcik , mak cik-makcik , adik-adik , akak-akak dan abang-abang yang dihormati lagi disayangi dan dicintai dengan ucapan 'SELAMAT PAGI !' . Nampak pagi-pagi dah bersemangat , mulekan pagi anda dengan senyuman yang menawan yerr . Sebelum terlupa , saya FATIN HUMAIRA , merangkap kepada admin baru dan terbaru tambah terkini disini . Topik atau entri kali ini kite akan mengupas , mensiat , menyiat , mengigit , mengopek dan mengorek *bukan korek idung* tentang kepentingan menjaga alam sekitar . Seperti kite ketahui tumbuh-tumbuhan kian menghilang dek kerana pembangunan yang nak bina ntah ape-ape ntah .

Kite juga tahu tumbuh-tumbuhan yang hijau tulah yang memberi kite oksigen yang bersih . Tapi ape yang kite lakukan ? kite membakar dan menebang pokok untuk sesuatu seperti kertas and sebagainye . *Hentikan ujian atau kite bakal kehilangan banyak pokok . HAHA* . Alam sekitar adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai kepade kesejahteraan kehidupan . Hargailah mereka sementara masih ada~ XD

Selain itu ya , penanaman pokok haruslah dirancang dan diatur dari semasa ke semasa . Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran sejuk dan nyaman , malah ia berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran . Bersambung PART 2 .

 

Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu  lagi,

Assalamualaikum and Byeee and Selamat Sejahtera ,

-Fatin Humaira-



No comments: